BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kek gula hangus cinta 3 rk 2




Bahan-bahan:
kek gula hangus Cinta ,
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 camca besar mentega

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Ini akan mengambil sedikit masa. untuk hasil yang baik, harap bersabar ya. 
  2. Apabila semua gula telah bertukar jadi karamel, masukkan air panas (masuk sekali gus, jangan teragak-agak) & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

seterusnya...

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur

Cara-cara:
  1. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
  2. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

    Keliru juga..??
    haa~
    tengok video tersebut..


    그래서 당신이 감사

    No comments: